Followers

Monday, February 28, 2011

hadirnya orang baru ... AKTAR.....

23 /2/2011... lahirlah seorng insan ..insan baru yang lahir dari perut seorang ibu... insan yang akan menyinari hari-hari keluarga za.... hurm... so za pi pasaraya YAWATA nak cari baju tuk baby boy kite nie......



tapi bila pi sana lain pulak jadinya... za terjumpa bear.. kebeetulan masa nak pi tengok baby 2 birthday aina my sis yg cute 2.. so za belikan la tuk adik za yg sorang 2.....


cute kan ??
 huhuhuhu.....


dah di jumpai ... yang biru itu untuk anak abang AM... baby yang baru lahir 2 .. 2 la bapak dia... kira jatuh sepupu za la abang am nie....  eh , lupa pulak ! baju berwarna pink 2 ??? itu kepunyaan DAMIA a.k.a baby (nak jugak)... baby ni dah besar dah .. tapi memang dah dari kecil-kecil lagi panggil baby itu yang lekat sampai sekarang .. comelkan warna tu ???


ha .. ni la kerja za.. ambik gambar je... hahahah.. gemuk x nampak za pakai cam nie.. adei .. salah baju la.. tapi ... sepupu za tegur za nampak matang pakai cam nie... so thanks  to ain...



pandainya.. 
huhuhuhu....

yang ni lagi tak tahan .. o.t.w nak pi rumah abang am la ni.. bukan ada kerja pun... dok bergambar kat dalam kereta .. hahahahaha....





dah sampai pun... sepatutnya pergi rumah abang am.. tapi kak wani lak sakit ... so kami beralih arah ke rumah mak mentua abang am... 


ni la AKTAR ... orang baru yang za maksudkan dari tadi.. baby baru kepada abang am and kak wani .. menjadi adik kepada seorang  abang yang bernama ADAM...  anak menakan kepada za and sepupu za.. sepupu kepada anak-anak menakan za... urm.. ada lagi x ??? oooo.. ada-ada.. cucu kepada datuk-datuk and neneknya la... huhuhuuhuhuhu.............





ni tok tam dengan tok su


Aktar ... nie mak long alia and mak teh afina


ni pulak mak cik aisyah and mak angah ain


ni paksu naim and paksu haziq






Aktar comel...
mmmmuuuuuaaaaaaahhhh3333......




aktiviti yang wajib





 balik ja dari umah sane.. kami pun ape lagi.. cari kedai berkaitan dengan makanan... lapaq2.... tapi yang ikut hanya za, ain, mak su , mama, abah n paksu....
 so cam biasa la.. sebelum makanan sampai.. za isikan perut fon za dengan gambar2... hahahahahahaha...





Saturday, February 26, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Thursday, February 24, 2011

KEMASAN

kelmarin satu hari aku n k.ina kemas kedai.. cam tongkang pecah da aku tengok.... jadi kelmarin aku megerahkan keringatku untuk megemas..... semak2.... sangat semak... aku pun x tau ape yg banyak sangat dalam kedai nie....


2 dia .. kak ina .. dan lagi no.. kasi tau bos baru tau


nak buang ke nak simpan ?? 
nk buang ke nak simpan ???



muka meluat la nie .. hahahahahaha.....


masa dok kemas 2 aku dok dengaq bunyi kucing menagis 
 " meow......meow......meow...."  lalu aku meneruskan dan menukarkan misi aku dari megemas kepada mencari kucing huhuhu...... dan aku terjumpa ini....



 

alo3... comey nye.. anak sapa nie ... comey sangat.... ada 4 ekor semuanye.. mula2 ingat nak bela.... aku try la tunjuk kat MIMI(my cat).. tapi dia x mau... jadi aku telah membatalkan niat ku n memberi kepada ibu kucing ..cian anak2 die... baru jew bape hari hidup nie....

KETENTUAN ALLAH

...Memang Allah Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Dapat Menjadi Penilai Yang Baik... 

...Memang Allah Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Sedar Bahawa Kita Hanyalah Makhluk Yang Sentiasa Mengharapkan Pertolongan Allah...

...Memang Allah Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Dapat Kasih Sayang Yang Terbaik..Khas Untuk Diri Kita... 

...Memang Allah Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Sedar Bahawa Allah Maha Pemurah Dan Penyayang Kerana Mengingatkan Kita Bahawa Dia Bukanlah Pilihan Yang Hebat Untuk Kita Dan Kehidupan Kita Pada Masa Depan... 

...Memang Allah Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Dapat Mengutip Pengalaman Yang Tak Semua Orang Berpeluang Untuk Mengalaminya...

...Memang Allah Sengaja Menemukan kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Jadi Manusia Yang Hebat Jiwanya.... 

Memang Allah Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Lebih Faham Bahawa Cinta Yang Terbaik Hanya Ada Bersama Allah... 

...Memang Allah Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah Supaya Kita Lebih Mengenali Kehidupan Tak Selamanya...

AMALAN SIHIR ADALAH SYIRIK

Soalan:
Di sini saya ingin mengutarakan satu kemusykilan mengenai masalah sihir dikalangan masyarakat melayu kini. Antaranya:
1. Apakah hukumnya jika seseorang itu menganiaya orang lain dengan menggunakan ilmu sihir ini seperti tuju-tuju, santau dan sebagainya?
2. Apakah terdapat kisah-kisah atau dalil-dalil yang mengatakan bahawa sihir ini wujud dan adakah terdapat kisah bahawa Nabi Muhammad S.A.W menghadapi masalah ini di zaman baginda?
3. Apakah hukumnya jika mangsa sihir memulangkan ( sihir ) apa yang telah dianiaya terhadapnya kepada tukang sihir tersebut?
4. Bagaimanakah cara untuk kita melindungi diri dari perbuatan sihir ini? Adakah doa-doa dan wirit-wirit yang boleh diamalkan selain berlindung dari Allah S.W.T.?
5. Apakah tanda-tanda orang mengamalkan ilmu sihir? Adakah kita dapat mengenalinya?

Saya berharap pihak tuan dapat memberikan gambaran yang sewajarnya agar masalah yang saya hadapi ini mendapat jalan penyelesaiannya. Keperihatinan pihak tuan adalah amat saya hargai. Sekian terima kasih.
Fazli, Subang


Jawapan:
Mengamalkan ilmu sihir hukumnya haram kerana menggunakan unsur jahat seperti iblis syaitan untuk menghancur kehidupan orang lain. Semenjak manusia wujud di dunia ini perbuatan sihir ini telah diajarkan oleh iblis dan syaitan kepada manusia yang mudah digodanya. Lebih ketara lagi ketika Firaun cuba menentang Nabi Musa as. Disaat itu Firaun mengumpulkan para ahli sihirnya untuk menentang mukjizat Nabi Musa as. namun sihir-sihir yang dikeluarkan oleh tukang sihir Firaun tersebut dapat ditewaskan oleh mukjizat Nabi Musa as. Kebanyakan ahli sihir firaun tersebut beriman kepada Nabi Musa. 

Rasulullah SAW juga pernah dicuba oleh orang Yahudi untuk menyihir baginda, namun usaha tersebut tidak berhasil, kerana diri Rasulullah SAW dijaga oleh Allah SWT.

Banyak dalil-dalil al Quran yang menceritakan tentang wujudnya sihir ini seperti yang tercantum dalam surah Al Baqarah ayat 102, Yunus ayat 77, Thaha ayat 67 hingga 69, surah Al A'raf ayat 117 hingga 112.serta banyak lagi yang lain. Di dalam hadis juga ada diterangkan tentang perbuatan sihir ini.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang belajar sebahagian ilmu nujum, maka ia belajar sebahagian dari sihir, semakin bertambah ilmu tersebut maka akan semakin bertambah pula ilmu sihirnya". (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Ibnu Qayyim berkata bahawa menyingkirkan sihir dari orang yang terkena sihir itu ada dua macam. 

Pertama, menyingkirkan sihir dengan perbuatan sihir, cara ini termasuk perbuatan syaitan. 

Kedua, menyingkirkan sihir dengan membaca ayat-ayat al Quran, doa-doa atau zikir-zikir yang seperti ini dibolehkan. 
Dengan demikian pengubatan sihir yang dibolehkan adalah pengubatan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran, doa-doa, zikir dan sebagainya yang disyariatkan oleh agama.

Sedangkan pengubatan sihir yang diharamkan adalah menghilangkan sihir dengan sihir pula kerana cara ini sudah pasti menjadikan syaitan sebagai sahabat dengan cara mendekatkan diri kepada mereka serta mencari keredhaan mereka. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Pengubatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu adalah dari perbuatan syaitan". (Ahmad dan Abu Daud)
Tanda-tanda orang mengamalkan ilmu sihir ini mereka tidak menjalankan perintah agama seperti solat serta amalan yang lainnya, 
kerana jika mereka mengerjakan perintah agama dengan betul dengan sendirinya syaitan yang menjadi temannya akan lari tidak akan mampu bekerjasama dengannya. 

Kerjasama antara tukang sihir dengan syaitan ini menyebabkan tukang sihir tersebut akan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat kemusyrikan dan kekafiran baik secara tersembunyi mahupun secara terang-terangan, sebagai balas jasa syaitan akan melayani tukang sihir tersebut.

Banyak ayat-ayat Al Quran dan zikir-zikir yang boleh diamalkan dalam menangkis serangan sihir ini. Bagi umat Islam yang sentiasa menjalankan perintah agama dengan betul, seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan sebagainya maka tidak mudah ditembusi oleh angakra jahat sihir ini. 

Walaupun begitu Rasulullah SAW menunjukkan ayat-ayat tertentu dalam menangkis kejahatan syaitan dan sihir tersebut. Seperti banyak membaca surah Al Ikhlas,Al Falaq dan surah An Nas dan ayat Kursi

Wednesday, February 23, 2011

NAK TAU APE ITU CINTA ?? BACALAH INI....

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan
"nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu
berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia
ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut,
siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis
rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding
terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang
kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi
kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian
darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari
itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham ,
yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri,
yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata
rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana
psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.
Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah
dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya
menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta
mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia
akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara,
sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung
kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut
dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada
yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang
lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil
dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad
syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir
tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf
ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir
kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan
norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak
tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an
menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah
menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus
hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku
penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika
mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan
Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja),
sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan
bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al
jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari
hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5
dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan
tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur
dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika
wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya
memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa
Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada
sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang
apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il
tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik
kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada
pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la
yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...