Followers

Thursday, April 19, 2012

APA ITU QARIN

Assalamualikum .. :D korang .. chat dak ?? huhuhu .. eh dah baca tajuk kat atas .. yub .. QARIN .. sebenarnya za sendiri tak pernah tau apa itu QARIN .. sehingga kan  satu hari za terbaca kat satu post kat FACEBOOK tertulis pasal ni .. dan za dah dapat kebenaran tuk copy and paste kat blog ...... thanks kat kak HARLINA sebab bagi kebenaran kat za ^^

ayuh .. meh membaca .. tuk kebaikan semua .. insyaallah :)



Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:

Tuesday, April 3, 2012

wah aina happy ...

tau .. sebelum kami bertolak ke ipoh .. azza gan mama bertungkus lumus menyiapkan baju aina .. dia ada DAY AND NIGHT OF SERI LAKA .. memula tu za janji nak pi make up dia .. tapi di sebab kan nak kena p ipoh .. jadi za gan mama kena la pujuk adik za yang sowang nie gan cara wat baju bru tuu dinner die .. BAJU BARU tau ... !! anyway .. dia ok ja lepas tu .. siap za ajar cara nak make up kat dia malam tu ... 



adik za yang paling tinggi tu .. amacam .. cantk kan .. wah .. serius cantik .. aina .. akak tteruja .. mama tak tgk lagi ni .. cun-cun .. lepas ni boleh la nak p make up pengantin kan ^^

Monday, April 2, 2012

rasa macam baru !!!

assalamualikum .. amacam .. ok tak ?? rasa macam baru je kan .. ok .. memang la lama .. za mengaku .. za memang tak pandai nak cantik-cantikkan blog nie .. so baru-baru nie za dapat satu bantuan dari kawan adik za .. 





cantik tak .. ok .. bagi za sangt .. sangat cantik .. kan....

so thanks to KHAIRULL ADZLEE ha .. nak tgk dak blog dia tak ..
------> klik kat sini ha .. korang leh tgk .. cun2 je .. za suka !!!

berjalan-jalan .. korang ada !!

assalamualikum .. hai .. korang .. lama betoi la za tak mengarut .. selalu ada ja entry .. hhehe .. kali ni entry za .. bercuti ke ipoh .. hehe .. umah mak lang kat sana .. tau .. sebenarnya .. tujuan pi ke sana sebab nak jumpa abang atif n family kat sana .. nak turun melaka kan banyak pulak pakai duitnya .. jadi turun separuh-separuh .. 

perjalanan yang singkat . ( singkat la sangt .. abah bawak kereta cam ribut .. za tak boleh tidur sepanjang perjalanan  ) sampai umah mak lang hari khamis kul 11.55 malam kot .. sebab waktu tu tak sempat berita lagi .... 
keesokkannya .. banyak pulak aktiviti yang di aturkan ... bermulalah perjalanan kami di ipoh .. bermula dengan pergi sarapan dekat satu kedai tu .. ala .. x ingat pulak nama tempatnya .. tau .. pagi tu kami satu family makan apa ??? nasi lemak ?? bukan , roti canai ? pun bukan .. kami makan mee kari .. yub .. mee kari .. memang terbaik lah .. masakan dia memang sedap .. sowi la .. masa tu x sempat nak ambik gambar .. ingat nak makan ja pun .. haha .. gelojoh toi la azza ni kan .. :P

lepas ja makan- makan ..  kami ramai - ramai serbu tesco .. hukhuk .. p cari ayam .. ada aktiviti yang kami rancangkan pada sebelah malam nya ...
so pusing- pusing dalam tesco ...
adik-adik lak dok kalut nak beli kasut ... pakat dok membeli la depa .. za dah tak tau nak wat apa-apa .. sekali nampak cermin besar bukan main .. haha .... so ini la hasilnya .. ^^


bergambar depan cermin .. gambar perasan la ni .. hahaha  amacam .. ok tak ??


tengok la irfan ni .. hai .. ni ja gaya yang dia tau .. yang lin .. haram .. :P

balik ja dari tesco .. azza membantu mama memasak .. ye la .. mula ingat nak makan luar .. sekali terinagt .. hari jumaat .. jadi pada kaum adam semua kena la p solat jumaat .. allhamdulillah .. selesai masak .. tggu semua balik . makan ramai-ramai .. 

dok dalam kul 4 petang cam tu .. kami ramai-ramai keluar jalan- jalan .. tak kemana pun .. cuma satu tempat ja kami ajak mama dan abah p .. iaitu istana KELLIE .. ha .. cam biasa ja tempan ni .. tapi kalu korang nak tau sejarah dia bolih la klik kat sini ----> sini la :) ... macam- macam yang akak korang belajar dari nie :)



tgk la istana ni .. yang ni hadapan tau .. dia separuh siap .. yub . separuh siap . depa kata berhantu , mula memang seram gak nak masuk .. tapi bila dah masuk then tengok seni bina dia yang sangt unik .. membuatkan za sangat teruja ....










yang ni kawasan untuk anak-anak pemilik asal ni main tenis . luas dan sangt seram . tau .. dok atas ni rasa cam na terjun bangunan ja .. 
 balik ja dari sana .. kami bergegas pulang .. persiapan malam ni perlu di sediakan secepatnya .. 
tau apa aktiviti kami malam tu ...







ha .. korang tau kan apa yang kami wat kan .. wah .. malam tu za makan kenyang sangt .. macam-macam ada ... kerang , ikan , sotong , ayam .. memang kenyang la malam tu ...


yang paling best za kena mengasuh budak . za memang suka mengasuh ni . bukan susah pun .. budak22 sekarang .. bukak laptop tak kemana dah . dok ja kat depan tu .. senang kan ^^


ni ... medina .. haha .. yub . abg atif dah sampai .. medina tgah tengok laptop la ni .. tu yang tak bergerak tu .. :)

selesai ja makan .. dok mengemas- gemas .. tau .. malam tu jugak .. kami kuaq ramai-ramai .. tepat jan 12 tgh malam .. kami pi kat GERBANG MALAM .. kat sini macam- macam ada .. barang -barang dia semua murah .. kira jadi cam dunia beli belah jugak la .. 




tgk la bertapa ramainya orang malam tu .. walaupun dah lewat-lewat nie ...




malam tu jugak .. aiza .. naim gan irfan dapat wat jersi atas nama sendiri .. huk .. abg atif belanja .. wah . best kan ... bukan senang nak dapat ni .. malam tu balik tido lena . sebab keesokan harinya dah nak balik kedah ..
bangun ja esok pagi mama ajak p markit kat ipoh tu . macam pasar borong la .. eh .. bukan macam tau .. memang asar borong .. baran dia kat sana semua murah-murah .. segalanya .. dari ikan-ikan sampailah ke sayur sayuranya ..

balik tu nak di jadikan cerita .. mama n abah wat cadanag nak ke cameren .. haha .. lawak-lawak .. so semua nak ikot .. apa lai .. bersilat la semua anak dara mama kat dapur .. tolong masak bagi cepat wat bekalan kat tempat sejuk tu nanti ...

kami tak jalan merata sangt sebab naik pun dah lewat . naik-naik terus cari tempat makan . tau abah bawak pi kawasan air terjun .. kawasan tu memang best .. lapang je .. kemudahan pun ada .. tapi za terpikir .. cam ne orang nak mandi . bukan sejuk ke .. air dia tah cam ais .. huhuhuhu ... lepas makan-makan . kami naik kat satu kawasan tu . kat kawasan tu ada macam pasar malam .. memang panjang gila ..tapi berjalan memang tak rasa yang kawasan tu besar .. macam -macam ada kat sana .. 


tengok la .. ramai kan .. sangt ramai ... 



tg la medina .. makan je tau .. hai .. suka betoi dia .. buah apa yang paling topp kat sana ?? ha .. buah tu la yang medina suka makan .. sampai tak cukup tangan kalu diia nak pegangnya .. memang comey tgk dia makan ...


medina suka buah nie .. !!




berjalan kali ni memang best .. walaupun tak ramai cam selalu .. still best sebab semua ada tuk memeriahkan .. thanks to mama , abah , mak lang , pak lang , abg atif & kak eazy ... sayang korang sangat!!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...