Followers

Wednesday, May 18, 2011

TUDUNG : menutup aurat atau fasion

assalamualaikum .. salam sejahtera kepada pembaca sekalian..... topik ari ni.... pasal tudung.....dalam agama islam .. setiap wanita islam itu wajib menutup aurat... seperti yang di ketahui aurat seseorang perempuan yang sudah cukup umur itu adalah dari kepala hinggalah ke kaki (kecuali muka , kedua- tapak tangan).. alhamdulillah .. masa kini ramai remaja yang bertudung ... tetapi azza masih tak paham.. mereka bertudung itu atas dasar mahu menutup aurat atau ingin megejar fasion-fasion terkini....

sebenarnya tak salah untuk berfasion ... boleh ..  za pun x kurangnya kalau bab membelit-belit tudung nie... tetapi yang azza tak berapa berkenan nie apabila memakai tudung terhadap fasion yang melampau ... sampai jadi macam BONGGOL UNTA... pelik tau tak ... apa pulak tu ,  terlalu ikutkan fasion sampai terdedah bahagian yang tak sepatutnya terdedah .. contoh paling ketara adalah bahagian tengkok...  

itu bab belit-belit kan ... tapi za pasti muslimah kat luar sana pernah tengok ... perempuan pakai tudung tetapi nampak rambut di bahagian belakang .... Azza rasa Za tau kenapa jadi macam itu ... kemungkinan wanita itu panas .. atau rambut terlalu panjang sampai tak cukup tangan nak ikat rambut.... Sebenarnya Azza sendiri pun tak paham ... satu lagi ... sekarang ni Azza selalu tengok .. pakai baju labuh ... itu dah cantik .. pakai tudung  alhamdulillah , itu lagi la Azza berkenan ... tetapi yang jadi masalah ni bila pakai seluar yang ketat ... apa nama seluar tu ?? LEGGING ?? .... Ya Allah ... tak kan tak perasan .. dah dituntut dalam islam untuk menutup aurat .... Za rasa semua pun tau kan  .. pakai macam itu hanya akan menampakna susuk tubuh kita .. dan secara automatik , seperti MENELANJANGKAN DIRI SENDIRI .... anda boleh tak bayangkan ape rase bila kita keluar tampa seurat benang pun ?? mesti malu kan ?? tau kan itu dosa....

 wahai muslimah di luar sana ... ingantlah .. jangan ingat memakai tudung hanya sekadar di atas kepala sahaja... dan kalu betul-betul nak bertudung .. tutup la aurat dengan sebaiknya.... insyaallah .. pekara yang baik itu disukai ALLAH S.W.T..  dan jauhkan diri dari pekara yang dibenci-Nya

Nabi bersabda:"pd mlm aku diangkat kelangit(isra' wa mi'roj) Aku melihat kaum perempuan dr umatku diseksa d neraka dgn mcm2 seksaan,lalu Aku menangis krn begitu berat seksaan yg Ku lihat antaranya ialah: PMPUAN YG DIGANTUNG DGN RAMBUTNYA KERANA IA TIDAK MENUTUPI RAMBUTNYA(AURATNYA) DARI PANDANGAN LELAKI YG BUKAN MUHRIM"....

Sunday, May 8, 2011

C.I.N.T.A

Mata manusia dibutakan oleh : (CINTA)
C. Cinta memang buta.
I. Indah tapi menyiksakan.
N. Nikmat namun sementara saja.
T. Takut kehilangan dia.....pedihnya.
A. Angau sentiasa menghantui ….alahai.
...Jadi ayuh berubah, buka mata hati, sematkan :
C: Cinta pada Ilahi Rabbi
I: Indah dan membahagiaakan
N: Nikmat hakiki jelas terasa
T: Tenteram dan tenang selamanya
A: Akhirat persingahan selamanya…semoga ke syurgaNya.

selamat hari ibu

nor azihan md zain .. itu nama MAMA azza.... azza di lahirkan dan di besarkan dalam keluarga yang sederhana.. azza mempunyai 8 adik beradik.. alhamdulillah , dengan didikan dan tunjuk ajar mama.. azza kini berdiri teguh meneruskan warisan mama... 

zaman kecill-kecil adalah kenagan terindah bagi ku... banyak jugak masalah yang timbul dalam keluarga azza . tetapi alhamdulillah berkat doa mama & berkat usaha mama dan abah semuanya berjalan lancar hingga kini... kami bahagia jadi anak mama.. seorang yang garang tetapi dalam masa yang samam sangat penyanyag ... azza tahu .. untuk menjadi seorang ibu bukan lah pekara yang mudah .. tambahan pula azza mempunyai ahli keluarga yang ramai.. dan dengan itu azza pasti mama mesti letih melayan kerenah anak-anak mama kan... 

jadi .. saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu-ibu sedunia .. terutama kepada my mum NOR AZIHAN ... she's the best mum in my world....
this is my mum... comel x ?? cam saye x ?? hehehehe


 sayang mama sangat-sangat



ni mak angkat azza... Mak .. selamat hari ibu ....



this my granma... i love her to... SELAMAT HARI IBU MAK TOK....



makan-makan... lapaq ... hahahaha





 sayang mama... sayang sangat-sangat ... eda nk mintak maaf kalau eda n adik2 ada buat salah gan mama ...  eda hope ALLAH akn selalu melindungi kesihatan mama ... sayang mama... sayang sangat2... sayang tersangat lah
mmmmuuuuuuaaaaaaahhhhhkkkkk !!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 3, 2011

BANGUN SeLePaS GAGAL

Jatuh Kerana Gagal????..... Bangunlah..... Berjalan.....Dan Bersyukur......

Gagal adalah sesuatu perkara yang semua orang rasa... Seperti setiap kali kita menyarung pakaian... Ia adalah pengalaman manusia... Ada orang yang mampu menangani kegagalan dengan baik, ada yang tidak... Kenapa? Bagaimana sesetengah orang itu begitu berjaya setelah bangkit dari satu kegagalan yang amat memeritkan....

Kita tidak menganggap ianya satu kegagalan yang mutlak... Kegagalan bagi kita bukan kerana kelemahan diri atau kerana kekurangan sifat pada diri sendiri... Tetapi kita memikirkan ‘ setidak-tidaknya kita mencuba ’... Orang yang bersungguh-sungguh mengejar impian juga sering kecundang di pertengahan jalan, tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan kerana menganggap ianya sebagai sebahagian dari cabaran yang harus di tempuhi... Kita tidak akan bersedih atau kecewa dengan kegagalan tersebut, tetapi terus berfikir menilai semula strategi yang harus di ambil dan mencuba lagi... Kali kedua gagal, kita tidak akan merasa susah hati malah penuh keyakinan kerana kita akan terus mencuba lagi dan lagi sehingga berjaya....

Kita menggunakan kegagalan itu sebagai satu pengalaman yang amat berharga... Menganalisa apa yang telah berlaku, di mana silapnya dan kenapa... Apa yang boleh di lakukan untuk membetulkan kesilapan itu dan melakukannya secara berbeza pula untuk percubaan yang seterusnya... Dengan menggunakan pengalaman kegagalan sebagai sempadan, kita setidak-tidaknya menghindar dari mengulangi kesilapan yang sama....

Kadang kala kita gagal bersebab... Mungkin kerana hati kita tidak bersungguh-sungguh, maka usaha yang kita laksanakan juga tidak 100%... Mungkin juga kerana percaya bahawa diri tidak mampu untuk mencapai kejayaan tersebut... Dan kadang kala juga ianya bukanlah peluang yang baik... Secara umumnya, apabila kita gagal ada sebabnya... Nilaikan dan timbangkan sebabnya kenapa... Carilah peluang baru dan pengalaman yang lepas akan membantu kita memilih peluang yang lebih baik dan lebih sesuai...

Bersyukurlah kerana di anugerahkan pengalaman tersebut... Besar kesannya ke atas emosi dan jiwa bila kita bersyukur di atas pengalaman kegagalan tersebut yang mana mampu membantu kita maju bertapak-tapak ke hadapan... Kadang kala menulis dan meluahkan apa yang tersirat dalam dada dapat membantu melapangkan dada, menaikkan semangat dan dapat menukar kegagalan kepada pengalaman yang berharga kepada diri sendiri...

Kegagalan itu berlaku kepada sesiapa sahaja... Jangan ragu-ragu untuk meminta pertolongan dan nasihat dari yang lebih arif... Kerana mereka yang lebih dulu makan garam tidak akan mensia-siakan harapan kita... Orang yang telah berjaya sebenarnya sudah melalui pelbagai siri kegagalan sebelum mereka mengecap kemanisan sebuah kejayaan... Oleh itu janganlah berputus asa hanyalah kita gagal sekali sahaja...

Seperti kanak-kanak yang sedang berlari dan bermain, mereka jatuh dan terluka... Tetapi mereka tetap tidak serik berlari dan bermain lagi kerana mereka hanya fokus kepada keseronokan bermain itu... Mereka sudah lupa akan kesakitan yang sementara semasa jatuh... Jadilah seperti itu... Jangan takut untuk jatuh, terluka dan sakit... Kemudian bangkit kembali untuk terus mengejar impian yang masih jauh untuk di gapai....

Ketawakan diri sendiri... Kita semua membuat kesilapan dan barang siapa yang mampu mentertawakan diri sendiri dek kebodohan dan kesilapan yang di lakukan adalah mereka yang cepat sembuh dari kekecewaan kerana kegagalan itu... Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan... Terimalah ianya sebagaimana anda menerima kejayaan... Belajarlah darinya, anggaplah ianya sebagai sebahagian dari pengajaran dan kesempatan untuk menambahbaikkan diri...

Ingatlah... Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan ini... Semua orang akan merasai kegagalan dalam kehidupan masing-masing... Tiada ada sesiapa pun yang terkecuali...

Wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...