Labels

Followers

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

APA ITU QARIN

Assalamualikum .. :D korang .. chat dak ?? huhuhu .. eh dah baca tajuk kat atas .. yub .. QARIN .. sebenarnya za sendiri tak pernah tau apa itu QARIN .. sehingga kan  satu hari za terbaca kat satu post kat FACEBOOK tertulis pasal ni .. dan za dah dapat kebenaran tuk copy and paste kat blog ...... thanks kat kak HARLINA sebab bagi kebenaran kat za ^^

ayuh .. meh membaca .. tuk kebaikan semua .. insyaallah :)



Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:

Sunday, February 26, 2012

mari berfikir dan selama beramal !!

assalamualaikum .. korang .. hai .. sihat ?? tengah-tengah hari ni semua dah isikan perut ke belum .. ha yg belum makan t pi la makan .. tunggu apa lagi kan..
tau .. za telah di add oleh .. seseorang .. then .. biasa la .. bila di add ni .. za akan  bukak2 la gambar ke .. baca post2 kat wall ke .. then za ada terbaca ni ..

then  za rasa nak kongsikan dengan korang .. 

Seorang wanita 
yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...

Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat




jadi .. sesama la kita megelakkannya .. insyaallah .. za rasa .. x salah kan .. pada yg dah baca post ni sebelum ni .. mari ramai2 kita sebarkan .. 





Sunday, February 19, 2012

what ?? facebook ??





‎~ Sahabat, tahukah kamu apa makna —> WALL <— ?
Ia memberi makna DINDING.

~Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.
... ...
~ Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

❀ ܓ Oleh itu, saya & kamu jangan jadikan “WALL FB” ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.
Dengan rela hati ♥, saya memberi keizinan untuk sahabat share, copy foto dll. Semoga bermanfaat insyaAllah, amin. Syukran jazilan
◕‿◕.

thanks to : AMIR
rujukan : ISRAEL NEGARA BERKUASA

Masih belum terlambat ...

assalamualaikum ...

tau pagi ni azza dikejukan dengan bunyi skype .. haha .. eh jangan silap .. za bagun solat subuh then hantar adik2 ke sekolah .. bila balik .. tgk umah .. pastu masuk bilik .. apa lagi bukak skype .. sambil dok msg gan buah ati kat tepon .. tertiba satu msg masuk kat skype 

azza :bz ke ?
amir : ngah baca artikel ni best nak share ke?

then amir ada share satu link kat za .. then za dapat baca satu artikel yg sangt best .. thanks to amir coz bagi artikel yang sangt berguna tuk za .. panduan tuk za .. and jugak to Oh ! Media  sebab sediakan suatu yang sangt berguna tuk masyarakat .. walaupun dah seramai 2,410 yang like then 1,372 yang dah share benda ni .. but za pasti ada di kalangan kita yang x sepat baca lagi kan ( bajet hot ) huhuhuhuhu .. dah2 .. jom2 .. mesti korang nk tau kan .. jom .. meh baca kat bawah nie ^^ .. selamat membaca ... !!!


Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Monday, August 15, 2011

korang mesti bace nie ...

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)p/s: actually ada komen2 yg menfaikan bnda nie sbb org yg wat hadis tue Nu'aim bin Hammad wat satu kitab yg ada bnda2 akhir zaman yg mungkar .. hmm walllahhualam

Monday, July 4, 2011

BERKAWAN ?? kenapa perlu memilih ???

assalamualaikum ... 
alhamdullillah .. dah masuk bulan 7 kan .. hai pejam celik, pejam celik dah tua rasanya diri ini ... pembaca di luar sana sihat ?? alhamdulillah ...
ok berkenaan dengan topik yang di atas .. kawan ... cakap pasal kawan nie .. korang mesti pernah dengar perpatah "berkawan biar beribu . bercinta biar satu ".. pernah kan .... 
kalau pembaca kat luar sana nak tahu .. azza kat sini ada kenal gan seseorang yang mampunyai masalah diri dan keluarga .. sebenarnya azza sendiri tidak menyangka , rupanya ada orang yang rapat dengan azza mempunyai masalah yang sedemikian ... betul .. azza tak tipu .. kalu di ikutkan die baik .. baik sangat-sangat.. selalu sahaja buat azza rasa ceria ... selalu buat azza tersenyum sendiri .. 
azza paling sedih bila dia kata gf dia tinggalkan dia setelah dia cerita yang sebenar tentang diri dia.. azza pun x paham .. apa hak kita sebagai manusia tuk memilih .. bagi azza .. Allah mancipta makluknya dengan sempurna ... semua pun sama ... 
dan sebenarnya ... memilih kawan sepatutnya tidak timbul tapi sebaliknya kita haruslah memberi dorongan kepadanya ....  

Wednesday, May 18, 2011

TUDUNG : menutup aurat atau fasion

assalamualaikum .. salam sejahtera kepada pembaca sekalian..... topik ari ni.... pasal tudung.....dalam agama islam .. setiap wanita islam itu wajib menutup aurat... seperti yang di ketahui aurat seseorang perempuan yang sudah cukup umur itu adalah dari kepala hinggalah ke kaki (kecuali muka , kedua- tapak tangan).. alhamdulillah .. masa kini ramai remaja yang bertudung ... tetapi azza masih tak paham.. mereka bertudung itu atas dasar mahu menutup aurat atau ingin megejar fasion-fasion terkini....

sebenarnya tak salah untuk berfasion ... boleh ..  za pun x kurangnya kalau bab membelit-belit tudung nie... tetapi yang azza tak berapa berkenan nie apabila memakai tudung terhadap fasion yang melampau ... sampai jadi macam BONGGOL UNTA... pelik tau tak ... apa pulak tu ,  terlalu ikutkan fasion sampai terdedah bahagian yang tak sepatutnya terdedah .. contoh paling ketara adalah bahagian tengkok...  

itu bab belit-belit kan ... tapi za pasti muslimah kat luar sana pernah tengok ... perempuan pakai tudung tetapi nampak rambut di bahagian belakang .... Azza rasa Za tau kenapa jadi macam itu ... kemungkinan wanita itu panas .. atau rambut terlalu panjang sampai tak cukup tangan nak ikat rambut.... Sebenarnya Azza sendiri pun tak paham ... satu lagi ... sekarang ni Azza selalu tengok .. pakai baju labuh ... itu dah cantik .. pakai tudung  alhamdulillah , itu lagi la Azza berkenan ... tetapi yang jadi masalah ni bila pakai seluar yang ketat ... apa nama seluar tu ?? LEGGING ?? .... Ya Allah ... tak kan tak perasan .. dah dituntut dalam islam untuk menutup aurat .... Za rasa semua pun tau kan  .. pakai macam itu hanya akan menampakna susuk tubuh kita .. dan secara automatik , seperti MENELANJANGKAN DIRI SENDIRI .... anda boleh tak bayangkan ape rase bila kita keluar tampa seurat benang pun ?? mesti malu kan ?? tau kan itu dosa....

 wahai muslimah di luar sana ... ingantlah .. jangan ingat memakai tudung hanya sekadar di atas kepala sahaja... dan kalu betul-betul nak bertudung .. tutup la aurat dengan sebaiknya.... insyaallah .. pekara yang baik itu disukai ALLAH S.W.T..  dan jauhkan diri dari pekara yang dibenci-Nya

Nabi bersabda:"pd mlm aku diangkat kelangit(isra' wa mi'roj) Aku melihat kaum perempuan dr umatku diseksa d neraka dgn mcm2 seksaan,lalu Aku menangis krn begitu berat seksaan yg Ku lihat antaranya ialah: PMPUAN YG DIGANTUNG DGN RAMBUTNYA KERANA IA TIDAK MENUTUPI RAMBUTNYA(AURATNYA) DARI PANDANGAN LELAKI YG BUKAN MUHRIM"....

Sunday, May 8, 2011

C.I.N.T.A

Mata manusia dibutakan oleh : (CINTA)
C. Cinta memang buta.
I. Indah tapi menyiksakan.
N. Nikmat namun sementara saja.
T. Takut kehilangan dia.....pedihnya.
A. Angau sentiasa menghantui ….alahai.
...Jadi ayuh berubah, buka mata hati, sematkan :
C: Cinta pada Ilahi Rabbi
I: Indah dan membahagiaakan
N: Nikmat hakiki jelas terasa
T: Tenteram dan tenang selamanya
A: Akhirat persingahan selamanya…semoga ke syurgaNya.

Tuesday, May 3, 2011

BANGUN SeLePaS GAGAL

Jatuh Kerana Gagal????..... Bangunlah..... Berjalan.....Dan Bersyukur......

Gagal adalah sesuatu perkara yang semua orang rasa... Seperti setiap kali kita menyarung pakaian... Ia adalah pengalaman manusia... Ada orang yang mampu menangani kegagalan dengan baik, ada yang tidak... Kenapa? Bagaimana sesetengah orang itu begitu berjaya setelah bangkit dari satu kegagalan yang amat memeritkan....

Kita tidak menganggap ianya satu kegagalan yang mutlak... Kegagalan bagi kita bukan kerana kelemahan diri atau kerana kekurangan sifat pada diri sendiri... Tetapi kita memikirkan ‘ setidak-tidaknya kita mencuba ’... Orang yang bersungguh-sungguh mengejar impian juga sering kecundang di pertengahan jalan, tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan kerana menganggap ianya sebagai sebahagian dari cabaran yang harus di tempuhi... Kita tidak akan bersedih atau kecewa dengan kegagalan tersebut, tetapi terus berfikir menilai semula strategi yang harus di ambil dan mencuba lagi... Kali kedua gagal, kita tidak akan merasa susah hati malah penuh keyakinan kerana kita akan terus mencuba lagi dan lagi sehingga berjaya....

Kita menggunakan kegagalan itu sebagai satu pengalaman yang amat berharga... Menganalisa apa yang telah berlaku, di mana silapnya dan kenapa... Apa yang boleh di lakukan untuk membetulkan kesilapan itu dan melakukannya secara berbeza pula untuk percubaan yang seterusnya... Dengan menggunakan pengalaman kegagalan sebagai sempadan, kita setidak-tidaknya menghindar dari mengulangi kesilapan yang sama....

Kadang kala kita gagal bersebab... Mungkin kerana hati kita tidak bersungguh-sungguh, maka usaha yang kita laksanakan juga tidak 100%... Mungkin juga kerana percaya bahawa diri tidak mampu untuk mencapai kejayaan tersebut... Dan kadang kala juga ianya bukanlah peluang yang baik... Secara umumnya, apabila kita gagal ada sebabnya... Nilaikan dan timbangkan sebabnya kenapa... Carilah peluang baru dan pengalaman yang lepas akan membantu kita memilih peluang yang lebih baik dan lebih sesuai...

Bersyukurlah kerana di anugerahkan pengalaman tersebut... Besar kesannya ke atas emosi dan jiwa bila kita bersyukur di atas pengalaman kegagalan tersebut yang mana mampu membantu kita maju bertapak-tapak ke hadapan... Kadang kala menulis dan meluahkan apa yang tersirat dalam dada dapat membantu melapangkan dada, menaikkan semangat dan dapat menukar kegagalan kepada pengalaman yang berharga kepada diri sendiri...

Kegagalan itu berlaku kepada sesiapa sahaja... Jangan ragu-ragu untuk meminta pertolongan dan nasihat dari yang lebih arif... Kerana mereka yang lebih dulu makan garam tidak akan mensia-siakan harapan kita... Orang yang telah berjaya sebenarnya sudah melalui pelbagai siri kegagalan sebelum mereka mengecap kemanisan sebuah kejayaan... Oleh itu janganlah berputus asa hanyalah kita gagal sekali sahaja...

Seperti kanak-kanak yang sedang berlari dan bermain, mereka jatuh dan terluka... Tetapi mereka tetap tidak serik berlari dan bermain lagi kerana mereka hanya fokus kepada keseronokan bermain itu... Mereka sudah lupa akan kesakitan yang sementara semasa jatuh... Jadilah seperti itu... Jangan takut untuk jatuh, terluka dan sakit... Kemudian bangkit kembali untuk terus mengejar impian yang masih jauh untuk di gapai....

Ketawakan diri sendiri... Kita semua membuat kesilapan dan barang siapa yang mampu mentertawakan diri sendiri dek kebodohan dan kesilapan yang di lakukan adalah mereka yang cepat sembuh dari kekecewaan kerana kegagalan itu... Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan... Terimalah ianya sebagaimana anda menerima kejayaan... Belajarlah darinya, anggaplah ianya sebagai sebahagian dari pengajaran dan kesempatan untuk menambahbaikkan diri...

Ingatlah... Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan ini... Semua orang akan merasai kegagalan dalam kehidupan masing-masing... Tiada ada sesiapa pun yang terkecuali...

Wallahu'alam

Thursday, April 21, 2011

... Santaian Minda ...

Kenapa orang boleh berubah?.. Kenapa perasaan orang boleh berubah dalam waktu yang singkat?...

HARI NI : cakap suka, cakap miss u lah... cakap need u lah... asyik rindulah....
ESOK : cakap.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...

HARI NI : bila kita msg " hi, wat pe? ", dia balas panjang2, " x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi.. dah makan.. saya rindu sampai x lalu makan.. awak dah makan.."
ESOK : bila kita msg " hi wat pe? ", dia balas pendek2, " xde apa2 ", " x ", " ye " dan " k lah, busy jap..."

HARI NI : Kalau leh, nak duduk je depan muka kita.. sampai kan tv ada depan mata pun x nak tgk.. nak tengok muka, rindu katanya..
ESOK : kalau boleh, x nak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking " oit, tepi ar.. x nampak ke orang nak tgk tv..". Bila kita datang dekat je.. " apa dekat2 ni.. rimas ar.."

HARI NI : kejap2 call, kejap2 msg.. boleh di katakan, handphone asyik berbunyi je.. sampai kawan cakap " kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"..dan kita membalas dengan senyuman.. " lover aku lah.."
ESOK : usahkan kata 'miss col', msg pun x de.. membuatkan kita setiap saat akan tengok2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.. sampai kawan cakap " sikit2 tengok hp, asal dengan handphone ko, rosak ke? senyap je.." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara..

HARI NI : wahh.. kalau boleh.. free sms yang 200 tu nak di habiskan dalam masa sejam..
ESOK : free sms 10 pun setahun nak abis.. tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover.. ye la.. kawan2 sume ada lover, kita x de.. tapi dalam hati.. sedihnya..

HARI NI : kejap2 si dia msg.. " selamat pagi ", " selamat tengah hari ", " sihat ke ", " dah makan "..
ESOK : 8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas..

HARI NI : kejap2 nak pegang tangan.. sambil si dia berkata " saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya "
ESOK si dia berjalan macam atlet negara.. ke hadapan seribu batu.. malah siap si dia berkata " cepat ar jalan.. macam siput ar.. lembab.."

Semua ni pernah berlaku kan.. dan mungkin sedang berlaku.. inilah hakikat..
susah nak cari seseorang yang memahami.. walau macamana pun si dia lakukan..
kita still setia kan.. walhal, mungkin ada ramai lagi yang boleh ganti.. itulah maknanya " SAYANG ".. lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat.. lagi kita benci, lagi kita suka.. lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindukan.. nak buat camne.. redha je la.. walau pun terluka..... hurmmmmm.... ......

Tuesday, April 19, 2011

--------AYAH--------♥

--------AYAH--------♥   Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?   Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?   Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??   Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.   Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..   Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..   Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..   Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..   (sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)   Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

Saturday, April 16, 2011

BERCOUPLE : USAHA MENCARI JODOH IDEAL?

Bercouple, setiap kali kita mendengarnyaakan terlintas dibenak kita sepasang insane yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan penyesuaian sebelum pernikahan ? walau bagaimanapun, kegagalan ketika bercouple lebih ringan berbanding kegagalan setelah menikah.

CINTA, FITRAH SETIAP MANUSIA

MANUSIA diciptakan oleh Allah SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan sejenisnya. Sebagaimana firmanNYA; “ Dijadikan indah pada (Pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu Wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”, surah Ali-Imran : 14.
Berkata Imam Qurthubi; “ Allah SWT memulai engan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW ; “TIADALAH AKU TINGGALKAN SETELAHKU FITNAH YANG LEBIH BERBAHAYA BAGI KAUM LELAKI DARIPADA WANITA.”( Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, tirmidzi dan Ibnu Majah.)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka Allah SWT menjadikan fitrah manusia , maka Allah SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang yang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah perhiadan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita yang solehah.”(Hadis riwayat Muslim,,Nasa’I, Ibnu Majah)
Allah berfirman; “ Di dalam syurga –syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik –baik lagi cantik-cantik.” Surah Ar-Rahman : 70).
Namun Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batas, Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, jua bagaimana batas pergaulan antara dua insane lawan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN LAWAN JENIS DALAM ISLAM

1. Menundukkan pandangan terhadap lawan jenis;
Allah memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNYA; katakanlah kepada laki-laki yang beriman : “hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”( Surah An-Nur : 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada wanita beriman, Allah berfirman; Dan katakanlah kepada wanita beriman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “ Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (Surah An-Nur : 31)

2. Menutup Aurat;
Allah berfirman;”Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.” (Surah An-Nur : 31).
Juga firmanNya; Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Ahzab : 59)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga wanita jangan melihat aurat wanita.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

3. Adanya pembatas antara lelaki dan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap lawan jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “ dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Surah Al-Ahzab : 53)

4. Tidak berdua-duaan dengan lawan jenis ;
Dari Ibnu Abbas ra berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:P “ Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersama mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Jabir bin Samurah berkata ; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi yang ketiganya.” ( Hadis riwayat Ahmad , Tirmdzi)

5. Tidak mendayukan ucapan;
Seorang wanita dilarang mendayukan ucapan saat berbicara kepada selain suami. Firman Allah : “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah Al-Ahzab : 32).
Berkata Imam Ibnu Katsir ; “Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW serta para wanita mukminah yang lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. “ ( Tafsir Ibnu Katsir)

6. Tidak menyentuh lawan jenis;
Dari Ma’qil bin Yasar ra berkata; Rasulullah SAW bersabda: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat Thabrani)
Berkata Syeikh Al-Albani Rahimahullah; “ Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya .” (As-Shohihah)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti Bai’ah dan lain-lain.
Dari Aisyah ra berkata; “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membai’ah. (Hadis riwayat Bukhari).
Inilah sebahagia etika pergaulan lelaki dan perempuan selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW ; Dari Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah SAW bersabda: “ sesungguhnya Allah telah menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan sedangkan jiwaberkeinginan serta berangan-angan, lalu farji akan membenarkan atau mendustakan semuanya.” ( Hadis riwayat Bukhari , Muslim , Abu Daud).
Padahal Allah telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati perzinaan. Sebagaimana firmanNya ; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra’ : 32).

HUKUM BERCOUPLE

Setelah memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram , kerana beberapa sebab berikut :
1. Orang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjhaga hijab.
3. Orang bercouple biasanya sering berdua-duaan engan kekasihnya, baik didalam atau diluar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat beersama kekasihnya.
5. Bercouple beridentitikan dengan saling menyentuh antara lelaki dengan perempuan, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Orang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu bagaimana kalau semuanya?
Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; jika hubungan itu sebelum akad nikah , baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya, dan janganlah seorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin ditanyai; jika ada seorang lelaki yang berkoresponden dengan seorrang wanita bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; perbuatan itu tak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana ia banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai perzinaan yang akan boleh menjerumuskan seseorang pada perbuatan keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatannya.
Syaikh Jibrin juga ditanyai; apa hukumnya kalau seorang pemuda belum menikah menelefon gais yang belum mennikah?
Jawab beliau; tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahramnya ) dengan perbicaraan yang boleh menimbulkan syahwat , seperti rayuan, mendayukan suara baik melalui telefonmahupun lainnya. Sebagaimana firman Allah SWT ; dan janganlah kalian melembutkan suara , sehingga akan berkeinginan orang-orang yang hatinya terdapat penyakit.” (Surah Al-Ahzab : 32). Adapun kalaupun perbicaraan itu untuk sebuah keperluan , maka hal itu tidak mengapa apabila selamat dari fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

SYUBHAT DAN JAWAPAN SEBENAR
Keharaman bercouple lebih jelas daripada matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak boleh dikatakan haram kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.
Jawab: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggaplah saja mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tidak boleh menghindari dari segi memandangi. Atau paling tidak membayangkan atau memikirkan kekasihnya. Yang mana hal itu sudah diharamkan.
Biasanya sebelum memasuki alam pernikahan, perlu untuk mengenal dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karakter, yang mana hal itu tidak boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juakegagalan sebelum nikahakan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi selepas nikah.
Jawapan: memang, mengenal fizikal dan karakter calon pasangan merupakan sutau hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan itu tidak boleh menghalalkan sesuatu yang haram.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha menanyakan segala yang baik bagi menutupi kekurangan di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatatan kekasihnya , sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; “ Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tul
Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui.

Friday, April 8, 2011

BERCOUPLE ITU HARAM !!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

 EPISOD 1
"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.
"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).
"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.
Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.
Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku,sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:
Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.


Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.
Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.
Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.
Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.
( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA )


EPISOD 2
InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.
Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)
Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitanlaknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.
Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.
Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.
Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So,equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina

menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equation)


Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".
Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.
Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.
Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?
Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...


EPISOD 3:  Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.
Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.
Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !
Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).
Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).
"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.


Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.
Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."
Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.
Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"
Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)
Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...