Followers

Wednesday, February 23, 2011

TEMU RAMAH MAMA....

harini.. kedai aku di kunjungi rombongan dari  pengetua / guru besar sekolah-sekolah .. datang dengan tujuan nak menemuramah mama pasal diorang ada tugasan yang bertajuk "usahawan berjaya "... walaupun mama dah sampai tahap nie.. tapi aku yakin yang mama masih ada targetnya lagi... aku bertuah berada di bawah didikan mama...... so mari kita tgok ape yg berlaku sekitar temuramah di jalankan......



gambar curi2.. cam nie la


mama tersenyum lebar dan dengan lancarnye menjawab setiap soalan yg di lontarkan..... 





wah .. aku ke tu .. cam seorang guru x ?? hehehehehe....



nie semua pengetua tau... hebat gak mama aku .. cam pengetua dah ..  like3....




Tuesday, February 22, 2011

KEWAJIPAN SUAMI & ISTERI

Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.


2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.


3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.


4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.


5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang ***** (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.


Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.


Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:


1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.


2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).


3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.


4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '


5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.


6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.


Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

PAGI YANG INDAH

ALHAMDULILLAH AKU MASIH D BERI KESEMPATAN PAGI INI UNTUK BNGUN BERTEMU MU YA ALLAH.... AKU PANJATKAN SYUKUR PADAMU KERANA MASIH MEMBERIKAN AKU PELUANG UNTUK MENJALAIN DAN MENIKMATI KEHIDUPAN YANG INDAH DI DUNIA INI.. 

SEMALAM AKU TIDUR AGAK LEWAT .. AKU BERKENALAN DENGAN SEORANG INSAN BERNAMA HUD HILMI. KALAU D IKUTKAN DA LAMA AKU X BERGAYUT SEHINGGA TENGAH LEWAT MALAM.. HEHEHEHE..... 

BANYAK YANG AKU BICARAKAN DENGANYA... TERUTAMA TENTANG AGAMA ISLAM... AKU RASA TERUJA DAPAT BERKENALAN DENGANNYA.. 



TAMPA AKTIVITI

keadaan kat kedai.. harini aku agak kekurangan aktiviti di kedai.. jadi nie pun jadilah,.... x salah kan.....btul cam x de nak wat pe kat kedai hari nie... aku boleh tidur la katakan.. letih same naik la katakan ... 


nie kak Ina... tengok la bertapa boringnya hari nie... sampai tunggu orang kat depan kedai la kiranya....


tetibe  ja dapat idea nak jahit manik kat baju pengantin.. ada lak kerja kan.. so x la banyak sangat nak kena wat .. ada la dalam 3 pasang baju je... huhuhuhuhuhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...