Followers

Wednesday, June 13, 2012

assalamualaikum .. :D

hai .. dah lama tak menjeguk .. semua sihat ? tau .. azza letih gan kerja .. insyaallah lepas ni za akan update pelan-pelan semua aktiviti azza .. :D love u all

Friday, May 11, 2012

gan buah hati ♥

assalamualikum ... hai.. hai .. hai ... yuhuuuu .. korang.. tengah buat apa tu  sihat ?? makin sihat ?? alhamdulillah :)
tau baru-baru ni za turun langkawi .. ok serius best .. sebab za ak pernah sampai langkawi .. macam-macam ada sana .. dunia coklat la katakan .. hais . rambang mata ...

perjalanan bermula pagi hari SELASA .. kul 7 cam tu abah YASMEEEN mai ambik azza kat umah ... kami sempat bersarapan dekat shahab perdana dulu .. sampai ja kat jeti .. terus beli tiket jab 8.30 pagi kalu tak salah za .. then terus naik ferri ...au .. ni kali pertama za naik ferry .. dia ada dua jenis .. yang terbukak and tertutup .. za dapat naik yang tertutup .. ramai dalam ferry tu .. kira penuh satu ferry la ..


perjalanan hampir dua jam .. ok .. gaku .. agak boring la . sebab sampai dua jam dok dalam ekon . kira boleh tidor la sampai tak sedarkan diri la kiranya .. bila sampai ja dekat sana .. ok .. serius .. za sangt teruja .. teruja dengan keindahan aalam ciptaan Allah .. cantik sangat- sangat ...



sampai ja kat jeti za terus ambil kereta sewa .. viva ook .. kali pertama bawak viva .. kecil tapi selesa :) mendapatkan kereta kami menandu laju ( waupun paling laju 80 je ) tuk cari hotel ... BEST STAR RESORT .. dekat gan kawasan pantai .. bukn dekat je .. tapi memang sebelah pantai pun ^^..... then terus memandu ke LANGKAWI CABEL CAR .. 


tapi sayangnyer cabel car tutp hari tu .. alahai punya la sedih rasanya ...  tapi tak pe .. aza gan yasmeen wat macam tak dak apa yang berlaku .. kamu teruskan perjalanan .. berjalan-jalan kat kawasan tu .. huis ... besar kot kawasan tu .. memang agak letih la berjalan kat sana... >.<











lepas ja pusing-pusing tak kan nak tunggu lagi kan .. hahah .. kami pun teruskan perjalanan ... 




kali ni bagi peluang kat yasmeen bawak kereta .. map.. map... map.. :)




 kami terus turun ke makam mahsuri ... hehe .. yub . salah satu tmpat yang bersejarah dekat langkawi tu .. sampai je ... terdengar lagu-lagu lama ... n yang paling penting .. kawasan tu wangi sangat-sangat .. betul tak tipu .. kuat jugak baunya tapi tak rimas .. sebab bau dia sedap sangat ( macam la rase kan ==" )

 hehe .. dan lagi kan .. bukan ada kerja lain








best kawasan ni .. besar jugak .. yub .. macam - macam kawasan bersejarah dia .. rumah , telaga , binatang yang berkaitan gan kisah hidup dia .. dan macam-macam lagi ...

keluar ja dari kawasan tu .. za gan yasmeen terus turun ke kawasan KUAH .. yub .. kawasan beli belah tu .. hehe.. tau naper .. dah alang-alang sampai langkawi ni kan .. saja la nak pi cari coklat nak makan sambil jalan-jalan .. :)

ha .. nampak tak ... yub .. ismail group .. antara kedaii coklat yang terbesar kat langkawi .. ok .. gila murah coklat kat sini .. kalu korang-korang yang suka sangt makan coklat kan .. ha .. memng sesuai sangat la mai kat langkawi ni .. macam-macam jenis ada .. yang terbaru ... kira tak dak kat tempat kita pun banyak ...


dah pent berjalan-jalan kat kawasan tu .. kami apa lagi .. jam masa tu kalu tak sallah dah kul 2 lebih dah .. haha .. time makan tengah hari masa tau.. yasmeen kata kawasan kuah ni memang banyak gerai .. kedai .. shoping complet pun ada .. so tak susah la nak cari makan ni kan ...




selesai makan .. kami terus balik ke CENANG .. balik hotel la sat .. rehat-rehat .. basuh muka .. solat apa dulu kan .. :)

tengok haha .. sempat lagi kan :) hahaha .. bukan selalu :)
destinasi seterusnya .. 
UNDERWATER WORLD ... :)














ok .. tengok dekat-dekat memang cute :)











pokoknya langkawi memang best .. :D









Thursday, April 19, 2012

APA ITU QARIN

Assalamualikum .. :D korang .. chat dak ?? huhuhu .. eh dah baca tajuk kat atas .. yub .. QARIN .. sebenarnya za sendiri tak pernah tau apa itu QARIN .. sehingga kan  satu hari za terbaca kat satu post kat FACEBOOK tertulis pasal ni .. dan za dah dapat kebenaran tuk copy and paste kat blog ...... thanks kat kak HARLINA sebab bagi kebenaran kat za ^^

ayuh .. meh membaca .. tuk kebaikan semua .. insyaallah :)



Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:

Tuesday, April 3, 2012

wah aina happy ...

tau .. sebelum kami bertolak ke ipoh .. azza gan mama bertungkus lumus menyiapkan baju aina .. dia ada DAY AND NIGHT OF SERI LAKA .. memula tu za janji nak pi make up dia .. tapi di sebab kan nak kena p ipoh .. jadi za gan mama kena la pujuk adik za yang sowang nie gan cara wat baju bru tuu dinner die .. BAJU BARU tau ... !! anyway .. dia ok ja lepas tu .. siap za ajar cara nak make up kat dia malam tu ... 



adik za yang paling tinggi tu .. amacam .. cantk kan .. wah .. serius cantik .. aina .. akak tteruja .. mama tak tgk lagi ni .. cun-cun .. lepas ni boleh la nak p make up pengantin kan ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...